berMusik haram di ISLAM ?

Posted: Februari 13, 2009 in pengetahuan :D
Tag:, , ,

============
item abu said :

Ini hasil gw ngembat posting di milis Islam yg nunjukin alat musik apa aja
yg haram di Islam.

Jadi, nape tuh si edy prayitno kerja di perusahaan kafir buat bikin alat
musik haram?

Ah, kayak ga tau aje, alasannya kan adalah demi fulus, fulus itu emang lebih
penting koq dr auloh, soalnya auloh udah janji2 mau bikin orang islam banyak
fulus, tp ga pernah nepatin janjinya.

Maklum deh, kafirnya selalu lebih kuat dr orang islam shg ga gampang buat
dipalak/dirampok.

KONSERT NYANYIAN DARI SUDUT HUKUM ISLAM

(Bahagian Kedua)
Makalah dari Brunei Darussalam
Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu
`Ala Rasulillah, Wa’ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah

Alat-Alat Muzik Yang Ditegah (dilarang)

Dalam beberapa buah hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam ada menyebutkan
jenis-jenis alat muzik yang diharamkan. Adapun alat-alat muzik yang ditegah
(dilarang) oleh syara’ itu ialah:

i. Al-Ma’azif iaitu sejenis alat muzik yang bersenar (bertali) banyak.
ii. Al-Mazamir iaitu alat muzik yang ditiup seperti seruling.
iii. Al-Awtar atau Al-‘ud iaitu alat muzik yang bertali sejenis kecapi.
iv. Al-Thabl atau Al-Kubah iaitu gendang kecil yang ramping di tengah.
v. Al-Kamanjah iaitu Biola.
vi. Al-Rabab iaitu alat bunyian (seperti biola) yang bertali dua atau tiga.
vii. Al-Shanj iaitu canang, berupa dua piring kekuningan yang diadu.
viii. Al-Junk atau Al-Thunbur iaitu alat muzik yang dipetik yang mempunyai
leher panjang dan mempunyai tali daripada tembaga (berasal dari Parsi).

Pengharaman alat-alat muzik yang dinyatakan di atas berdasarkan hadis-hadis
berikut;

i. Diriwayatkan daripada Abu Umamah Radhiallahu ‘anhu telah bersabda
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam :
Maksudnya: “Bahawa Allah Azza wa Jalla telah membangkitkan saya menjadi Nabi
dengan membawa hidayat dan rahmat kepada orang-orang mukminin dan Allah
telah memerintahkan saya menghapuskan alat ma’azif (alat bunyi-bunyian) dan
alat-alat mazamir (seperti seruling) dan alat-alat awtar (bunyi-bunyian
bertali), salib (cross) dan perkara-perkara jahiliah dan Tuhan saya telah
bersumpah dengan kebesaranNya dan kekuasaanNya dan dengan kemuliaanNya:
“Tiada minum seorang hamba daripada hamba-hambaKu itu akan seteguk daripada
arak dengan sengaja ketika berada di dunia melainkan Aku akan meminumkan dia
ganti arak itu daripada darah nanah pada Hari Kiamat, sama ada diampunkan
dia atau sama ada diazabkan dia dan tiada siapa hambaKu yang meninggalkan
arak di dunia kerana takutkan Aku, melainkan Aku beri dia minum akan arak di
syurga. Tiadalah halal dijual benda-benda itu dan tiada halal dibeli akannya
dan tiada halal diperniagakan dan harganya adalah haram.
(Hadis riwayat Abu Daud dan At-Thayalisy)

2. Ahmad bin Mani’ Al-Harits Ibnu Abu Usamah pula meriwayatkan dengan lafaz:
Maksudnya: “Bahawa Allah ‘Azza wa Jalla telah membangkitkan saya (menjadi
Nabi) dengan membawa rahmat dan hidayat kepada sekalian alam dan Allah telah
memerintahkan saya menghapuskan mazamir, ma’azif, arak dan berhala-berhala
yang disembah pada zaman jahiliah (dan sekarang) dan Tuhan saya telah
bersumpah dengan kebesaranNya dan kekuasaanNya. “Tiada seorang hamba yang
minum arak di dunia melainkan Aku minumkan dia dari air panas neraka sama
ada dia kena azab atau diampunkan dia dan tiada meninggalkan oleh seorang
hamba daripada hamba-hambaKu itu akan arak (di dunia kerana takutkan
dosanya) melainkan Aku beri dia minum akan arak syurga”.

Hadis ini disokong oleh hadis riwayat Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma yang
telah berkata:
Maksudnya: “Kubah itu haram, dannu itu haram, ma’azif (alat muzik bertali)
itu haram dan alat muzik jenis bertiup itu haram”.
(Hadis riwayat Ahmad)

3. Di riwayatkan oleh Al-Bazzar daripada riwayat Ibnu ‘Abbas Radhiallahu
‘anhuma Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: “Bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah mengharamkan
bangkai, judi dan kubah yakni thanbur (bukan thunbur perang)”.

4. Dalam hadis yang lain Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: “Ditukarkan keadaan satu golongan daripada umatku kepada keadaan
yang lebih buruk dengan sebab mereka meminum arak dan bermain kubah (sejenis
gendang) dan ma’azif”.

5. Daripada Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma bahawa Rasululah Shallallahu
‘alaihi wasallam telah bersabda:
Maksudnya: “Aku diperintahkan untuk membinasakan alat gendang dan alat
hiburan yang ditiup”
(Hadis riwayat Ad-Dailami)

Demikian beberapa hadis yang menjadi dalil tentang haramnya alat-alat
hiburan (muzik). Para ulama mazhab Al-Syafi’e juga telah menghukumkan bahawa
alat-alat muzik itu adalah haram, sebagaimana yang disebutkan oleh hadis di
atas.

Dalam kitab Al-Muhadzdzab karangan Imam Abu Ishak Al-Syirazi menjelaskan
bahawa haram menggunakan alat-alat (muzik) yang dibunyikan (dipanting atau
digendang) tanpa ada lagu seperti ‘ud, thaunbur, ma’azifah, thabl (gendang)
dan mizmar. Adapun dalil haramnya bermain muzik itu sekalipun tidak diiringi
dengan lagu berdasarkan firman Allah:

Tafsirnya: “Dan ada di antara manusia; orang yang memilih serta
membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang
melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) daripada
agama Allah”.
(Surah Luqman: 6)

Menurut Ibnu ‘Abbas maksud tafsir “perkara hiburan yang melalaikan” itu
adalah alat-alat hiburan. (Al-Muhadzdzab: 2/457)

Begitu juga dalam kitab Hasyiah Qalyubi wa ‘Umairah, Imam An-Nawawi
menyebutkan bahawa makruh menyanyi dengan tidak disertai alat (muzik) dan
mendengarnya, dan adalah haram menggunakan alat (muzik) yang menjadi syiar
peminum-peminum (arak) seperti thunbur, ‘ud, shanj dan mizmar Iraqi dan
(haram) mendengarnya. (Hasyiah Qalyubi wa Umairah: 4/321)

Imam Ibnu Hajar pula menyebutkan dalam kitabnya Al-Zawajir bahawa Abu
Al-Abbas Al-Qurtubi telah berkata: “Adapun alat-alat muzik yang ditiup
(al-mazamir), alat-alat muzik yang bertali (al-awtar), alat-alat muzik yang
digendang (kubah), maka tiada perselisihan ulama pada mengharamkan
mendengarnya dan aku tidak mendengar seorang pun daripada ulama yang
muktabar sama ada daripada ulama salaf dan juga khalaf yang berpendapat
mengharuskannya. Dengan hal yang demikian tidak syak lagi pada
mengharamkannya dan tentang fasik dan berdosanya orang yang melakukannya,
kerana ia adalah syiar (tanda dan lambang) bagi penggemar-penggemar arak dan
penyokong-penyokong perbuatan fasik”.

Sesungguhnya ulama-ulama dalam mazhab Syafi’e bukanlah satu-satunya mazhab
yang mengharamkan hampir kesemua alat-alat muzik, bahkan kita dapati juga
ulama-ulama mazhab lain seperti ulama mazhab Hanafi dan Hanbali berpendapat
demikian.

(sumber : item abu)

Komentar
  1. rahajus mengatakan:

    Cape deh, semua diharamkan ama ISLAM.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s